ARAB-PARSI
Penerapan bahasa Arab telah membawa
pengaruh yang besar khususnya dalam bidang perbendaharaan kata yang terhasil
melalui penerapan bahasa Arab terhadap bahasa Melayu melalui ajaran Islam (Faridah
Nazir et al., 2024). Bahasa Arab-Parsi berlaku ke atas bahasa Melayu disebabkan
oleh kedatangan Islam ke alam Melayu terutamanya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Hal ini demikian kerana, kebanyakan orang Arab datang untuk berdagang. Peminjaman bahasa berlaku kepada hampir semua bahasa di dunia ini. Setiap bahasa
sentiasa berhubung dengan bahasa yang lain. Begitu juga halnya yang
terjadi kepada bahasa Melayu. Peminjaman bahasa Arab oleh bahasa Melayu terjadi
apabila berlakunya pertembungan antara tamadun Arab dengan tamadun Asia semasa
aktiviti perdagangan dan penyebaran agama Islam sedang rancak dijalankan di serata
dunia termasuk di semenanjung Tanah Melayu satu ketika dahulu. Pertembungan tamadun itu bukan sahaja mencetuskan aktiviti peminjaman
bahasa, malah ia juga melibatkan percampuran cara hidup dan budaya antara kedua-dua
tamadun tersebut. Oleh
itu, pengaruh besar bahasa Arab-Parsi ini dapat dilihat melalui pinjaman
imbuhan dan juga istilah daripada bahasa Arab. Kebanyakan perkataan yang
dipinjam berkait rapat dengan agama Islam.
Beberapa perkataan Arab yang diterima pakai dalam bahasa Melayu tetap mempertahankan bentuk asalnya, sementara sebahagian lagi mengalami perubahan bentuk sesuai dengan sebutan Melayu. Proses perubahan bentuk ini merupakan fenomena biasa dalam penerimaan perbendaharaan kata asing yang mungkin melibatkan perubahan ejaan, bunyi dan aspek lain (Mohd Alwee Yusoff & Mohamad Azrien Mohamed Adnan, 2009). Walau bagaimanapun, sistem bahasa Arab sangat berbeza dengan bahasa Melayu. Maka, proses asimilasi dari segi imbuhan berlaku tetapi sangat terhad. Pinjaman ini terbahagi kepada dua jenis iaitu imbuhan awalan dan akhiran sahaja. Imbuhan awalan terdapat satu sahaja iaitu bi- dan imbuhan akhiran -wi, -i, -iah, -in, -at dan -ah.
1. AWALAN
Imbuhan 'bi'
![]() |
Sumber: |
https://www.facebook.com/share/ig6fsFhNp613En47/?mibextid=WC7FNe
Dapat dilihat bahawa penulis
menunjukkan kesalahan pada perkataan biadhab. Perkataan yang betul adalah biadab.
Perkataan biadab terhasil daripada awalan “bi-“ yang berasal daripada bahasa
Parsi. Awalan “bi-“ bererti ‘tidak’ dan digunakan untuk menerbitkan kata
adjektif, misalnya “biadab” (bi- + adab) yang bermaksud tidak beradab. Pada amnya,
jumlah perkataan dengan awalan ini dalam bahasa Melayu agak terhad. Usaha untuk
cuba mempopularkan awalan ini pernah dibuat dalam konteks pembentukan istilah
sains dan teknologi. Seperti yang terdapat dalam buku Sulaiman Masri et al. (2006)
turut menyatakan ejaan biadab yang sebenar ialah “biadab”.
2. AKHIRAN
Imbuhan 'at'
Ada juga pendapat daripada pengarang yang mengikuti Kamus Besar Bahasa Indonesia yang dikembangkan oleh Moeliono et al pada tahun 1989. Jika Kamus Besar tidak mempunyai bentuk kata tertentu, penulis akan merujuk kepada pihak berkuasa lain yang mempunyai kuasa untuk menetapkannya. Jadi, jika berlaku kekaburan atau kekosongan dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia, pihak berkuasa lain akan menjadi rujukan untuk menentukan ejaan yang betul.
![]() |
Sumber: Abu
‘Urwah. (1986). Wanita & kekeluargaan (Edisi Kedua). Pustaka Salam. |
![]() |
Sumber: Ir. Sumbodo & Eni Oesman, BA. (2005). Tahapan mendidik anak teladan Rasulullah. Irsyad Baitus Salam. |
![]() |
Sumber: https://x.com/cidmsumalaysia/status/1769018018074665441?s=46 |
Rajah di atas menunjukkan penulis yang menulis pengumuman
dengan ejaan yang salah. Perkataan yang didapati salah ialah “kariah”,
sepatutnya, huruf k digantikan dengan huruf q dan menjadi penulisan baru iaitu
qariah. Cara sebutannya juga sedikit berbeza. Perkataan asalanya dipetik
daripada al-Qaryatt القرية (dalam bahasa Arab bermaksud kumpulan orang, desa,
negeri dan bandar) (Kamus al-Khalil, 2006). Menurut Ahmad Zulfadhli Nokman et
al. (2021), kata asal ini dalam bahasa Arab diperoleh daripada kata akar
qa-ru-wa. Pola kata ini juga dibina daripada wazan fa‘ii-lah yang menjadi kata
nama asal. Perkataan ini telah dipinjamkan kepada bahasa Melayu dengan
menggunakan ejaan ‘kariah’. ‘Kariah’ membawa maksud kawasan yang didiami oleh
penduduk yang berkongsi masjid atau surau. Jika dibandingkan di antara
kedua-dua perkataan ini, ada berlaku pertukaran dari segi sebutan huruf. Bahasa
asal menggunakan sebutan [qa] pada permulaan perkataan, manakala bahasa Melayu
pula menggunakan sebutan [ka] pada permulaan perkataan tersebut yang mana ia
lebih mudah disebut oleh orang tempatan.
Comments
Post a Comment