PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi
kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat saya
menyempurnakan tugasan bagi kod Morfologi Bahasa Melayu (BMMB 3203) ini dengan
jayanya.
Dengan kesempatan masa dan ruang yang ada ini,
saya ingin merebut peluang dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyelesaikan
tugasan ini. Terutamanya, ribuan terima kasih diucapkan kepada Dr. Zanariah binti Hamid, Pensyarah
BMMB 3203
kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk melaksanakan tugasan
pentaksiran berterusan ini.
Sekalung penghargaan diberikan kepada pensyarah
saya kerana terus memberi semangat kepada saya untuk terus melaksanakan tugasan
dengan penuh jitu. Beliau begitu berbudi bicara terhadap saya dalam memberi
tunjuk ajar sepanjang pentaksiran berterusan ini berjalan.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada ibu bapa saya yang banyak memberi pemudahcara serta sokongan moral
yang tidak terhingga sehingga saya berjaya menyelesaikan tugasan ini dengan
penuh jitu serta tepat. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan
saya yang telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan
usaha menyempurnakan tugasan ini.
Akhir madah, terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, yang turut memberi satu
semangat kepada saya untuk menyelesaikan tugasan ini. Segala bantuan yang telah
mereka taburkan amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Comments
Post a Comment