YUNANI-LATIN-INGGERIS

 

Imbuhan Yunani-Latin-Inggeris merujuk kepada gabungan imbuhan yang berasal daripada bahasa Yunani dan Latin, yang digunakan secara meluas dalam pembentukan perkataan baharu dalam bahasa Inggeris. Imbuhan ini memberi makna tambahan kepada perkataan asal, selalunya dalam konteks sains, perubatan, teknologi, dan bidang akademik yang lain. Gabungan imbuhan ini memperkayakan kepelbagaian makna dan konteks perkataan yang dihasilkan. Ia memainkan peranan penting dalam pembangunan dan penghalusan bahasa Inggeris seiring dengan perkembangan masyarakat dan sains. Contoh imbuhan Yunani-Latin-Inggeris termasuk "-logy" bermaksud "kaji" atau "mengajar" seperti dalam perkataan "biologi" (biologi) dan "-phobia" bermaksud "ketakutan" seperti dalam perkataan "arachnophobia" (takut terhadap labah-labah). Imbuhan ini membentuk asas penting dalam kepelbagaian perkataan yang digunakan dalam bahasa Inggeris moden.

        Beberapa faktor yang menyebabkan bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi hari ini, antaranya sejarah penjajahan oleh Britain yang menyebarkan penggunaan bahasa Inggeris ke seluruh dunia, pertumbuhan kuasa ekonomi dan politik di negara-negara berbahasa Inggeris seperti Amerika Syarikat dan Britain dan peranan utama bahasa Inggeris dalam sains, teknologi, perdagangan dan media antarabangsa. Keupayaan bahasa Inggeris merentasi sempadan budaya dan geografi serta menjadi bahasa komunikasi global turut menyumbang kepada kedudukannya sebagai bahasa rasmi yang diiktiraf secara meluas di peringkat antarabangsa. Keperluan untuk menjelaskan komunikasi dalam konteks globalisasi juga memainkan peranan dalam pengiktirafan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi, menjadikannya alat komunikasi penting dalam hubungan antarabangsa dan perdagangan global.

        Namun, kini, peminjaman banyak perkataan daripada bahasa Inggeris telah menjadi satu keperluan terutama apabila melibatkan situasi pendidikan. Sebagai contoh, terdapatnya banyak pendidikan Inggeris yang meningkatkan penutur bahasa Inggeris dalam kalangan orang Melayu. Dunia pendidikan kini juga semakin bergiat aktif menggunakan bahasa Inggeris. Bukanlah dilarang untuk penggunaan bahasa Inggeris, namun, bahasa Melayu yang perlu dijadikan bahasa rasmi pertuturan.

        Dengan itu, terdapat dua imbuhan Yunani-Latin-Inggeris yang dipinjam oleh bahasa Melayu iaitu imbuhan awalan dan akhiran. Imbuhan awalan seperti pro-, anti-, poli-, auto-, sub-, supra-, hetero-, heksa-, hidro-, homo-, hiper-, infra-, inter-, intra-, iso-, kilo-, makro-, meta-, mikro-, mili-, tele-, multi-, neo-, neuro-, orto-, oksi-, paleo-, para-, penta-, peri-, petro-, feno-, foto-, fito-, pleo- dan super-. Bagi imbuhan akhiran seperti -isme, -ik, -si, -al dan -is.


1. AWALAN

Imbuhan 'anti'
Salah: anti komunis
Betul: antikomunis

        Berdasarkan petikan di atas, dapat dilihat bahawa penulis telah membuat kesalahan ejaan daripada perkataan “anti komunis” yang dieja secara jarak. Perkataan tersebut dikira salah kerana peminjaman imbuhan bahasa Inggeris itu berlaku dalam dua bentuk iaitu peminjaman imbuhan awalan dan imbuhan akhiran. Bagi imbuhan awalan, sebahagiannya telah terserap sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu sementara yang lain terserap sebagai sebahagian daripada kata pinjaman. Seperti ejaan yang salah di atas, sepatutnya dieja secara rapat iaitu “antikomunis”. Imbuhan anti- dimaksudkan sebagai menentang atau melawan. Hal ini bersesuaian dengan perkataan komunis yang digabungkan bersama imbuhan anti- kerana kedua-dua perkataan ini menunjukkan keganasan.


Betul: Subtema

        Berdasarkan petikan di atas, didapati penulis menulis dengan jarak pada perkataan sub tema. Ejaan yang betul adalah subtema. Awalan "sub-" dieja rapat dengan perkataan "tema" untuk membentuk perkataan "subtema" kerana ia menunjukkan hubungan rapat antara konsep atau topik tambahan yang disebutkan dengan tema utama. Dalam konteks ini, penggunaan imbuhan awalan “sub-” menunjukkan subtema ialah bahagian yang berkait secara langsung atau berkait rapat dengan tema utama, tetapi mempunyai fokus atau aspek tambahan yang memerlukan perhatian atau penelitian. Oleh itu, penggabungan kedua-dua perkataan ini membentuk perkataan baharu yang menyatakan dengan jelas bahawa subtema adalah bahagian penting dalam topik yang dibincangkan, tetapi juga memperkenalkan dimensi tambahan atau fokus khusus yang perlu diterokai atau dikaji lebih lanjut.


Imbuhan 'hiper'
Betul: hiperaktif

        Petikan di atas terdapat kesalahan pada perkataan hiper aktif. Perkataan ini sewajarnya ditulis secara rapat iaitu hiperaktif. Seperti di dalam Modul Tatabahasa Pedagogi Proses Pembentukan Perkataan Baharu, menyatakan perkataan hiperaktif ini terhasil daripada imbuhan yang ditambahkan dengan kata dasar. Sebagai contoh, hiper + aktif dan hasilnya hiperaktif. Ejaan yang ditulis oleh penulis adalah sama dengan perkataan yang betul, Namun, perapatan dan penjarakan sahaja yang menjadi isu di sini, tetapi ia masih dikira penulisan yang salah.


Imbuhan 'infra'
Betul:  inframerah

        Sebelum memulakan penerangan, saya ingin menyatakan bahawa konsep penjarakan dan perapatan kata ini lebih kurang sama sahaja dengan contoh imbuhan 'hiper' yang saya nyatakan di atas. Petikan di atas terdapat kesalahan pada perkataan infra merah. Perkataan ini sewajarnya ditulis secara rapat iaitu inframerah. Seperti di dalam Modul Tatabahasa Pedagogi Proses Pembentukan Perkataan Baharu, menyatakan perkataan inframerah ini terhasil daripada imbuhan yang ditambahkan dengan kata dasar. Sebagai contoh, infra + merah dan hasilnya inframerah. Ejaan yang ditulis oleh penulis adalah sama dengan perkataan yang betul, Namun, perapatan dan penjarakan sahaja yang menjadi isu di sini, tetapi ia masih dikira penulisan yang salah.
 

Imbuhan 'meta'
Betul: metakognitif

        Dalam bahasa Yunani, awalan meta- biasanya kurang esoterik dalam bahasa Inggeris; Meta- dalam bahasa Yunani bertepatan dengan akhiran post- atau ad- dalam bahasa Latin atau pasca- dalam bahasa Sanskrit. Penggunaan awalan dalam pengertian ini berlaku sekali-sekala dalam istilah bahasa Inggeris saintifik yang berasal dari Yunani. Contohnya: istilah Metatheria (nama untuk klad mamalia marsupial) menggunakan awalan meta- dalam erti kata Metatheria digunakan untuk pokok hidup bersebelahan dengan Theria (mamalia plasenta). Seperti ejaan metakognitif yang tepat adalah dieja secara rapat, bukannya seperti penulis di atas tulis secara jarak iaitu meta kognitif. 

2. AKHIRAN

  Imbuhan 'logi'

Sumber: Muhammad Isa Dawud. (1987). Siapa penghuni bumi sebelum manusia?. Pustaka Syuhada.

Salah: arkeolog
Betul: arkeologi

        Terdapat kesalahan ejaan pada imbuhan logi. Penulis menulis perkataan dengan huruf i tidak dituliskan, jadi, ia dikira salah. Penulisan yang betul adalah arkeologi. Menurut Eddy Ezwan (2021), arkeologi adalah perkataan daripada bahasa Yunani (archaiologia) yang bermaksud asal, purba dan tua. Ia juga dikenali sebagai mengkaji purba yang merupakan satu bidang sains yang melakukan kajian mengenai kebudayaan prasejarah dengan cara penggalian dan penghuraian kesan-kesan tinggalan. Eddy berkata arkeologi dieja dengan diakhiri huruf i di hujung perkataan.

Imbuhan 'isme'
Betul: nasionalisme

        Petikan di atas menunjukkan perkataan nasionalisma yang dieja secara salah. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat imbuhan akhiran yang betul adalah -isme dan bukannya -isma. Jadi, ejaan yang betul bagi petikan di atas adalah nasionalisme. Imbuhan -isme yang mempengaruhi perkataan tersebut. Imbuhan -isme ialah satu akhiran kata dalam banyak perkataan, pada asalnya diperoleh daripada bahasa Yunani Purba. Akhiran ini biasanya digunakan dalam falsafah dan politik, berkenaan dengan sejenis ideologi. Hal ini juga diketahui digunakan dalam nama agama. Secara etimologinya, perkataan nasionalisme berasal daripada gabungan dua perkataan bahasa Inggeris, iaitu ‘nation’ yang membawa maksud bangsa dan ‘ism’ yang membawa maksud faham. Lalu, nasionalisme boleh difahami sebagai kefahaman yang menjunjung tinggi rasa kebangsaan. 










Comments

Popular posts from this blog