Bahasa Melayu ialah bahasa yang kaya
dengan imbuhan. Menurut Mohd Nor Azan Abdullah & Musirin Mosin
(2018), Bahasa Sanskrit ini berasal daripada utara India yang merupakan
bahasa daripada kitab Weda yang dipertuturkan oleh golongan Brahman. Golongan
Brahman dianggap berkasta tinggi dan suci. Bahasa ini digolongkan sebagai
bahasa yang sama pentingnya dengan bahasa Latin dan Greek. Bahasa Sanskrit telah
digunakan ke dalam bahasa Melayu dan banyak kosa kata bahasa Sanskrit terdapat
dalam bahasa Melayu termasuk sistem imbuhan. Imbuhan-imbuhan ini dapat
memberikan makna tertentu kepada kata dasar. Imbuhan yang berasal daripada
bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama terserap ke dalam sistem
tatabahasa. Contoh imbuhan awalan daripada Sanskrit ialah maha-, tata-, pra-,
swa-, tuna-, eka-, dwi-, tri-, panca- dan pasca-. Bagi akhiran pula ialah -wan,
-man, -wati dan -nita.
1. AWALAN
Imbuhan 'pra'
 |
Sumber: Siti
Nadzrah Sheh Omar. (2015). Membina keluarga profazz. Humaira
Publications SDN BHD.
|
Salah: pra-matang
Betul: pramatang
Dapat dilihat bahawa imbuhan
pra- yang digunakan pada petikan di atas terdapat kesalahan ejaan. Pra ini
secara umumnya membawa maksud kepada syarat kepada sesuatu yang mengikutinya.
Penggunaan pra- mempunyai dua pembahagian yang memberi kebingungan kepada kita
sebagai pengguna perkataan. Hal ini demikian kerana, terdapatnya penggunaan pra
yang memerlukan tanda’-‘ dan ada juga yang tidak memerlukan. Sebagai contoh,
pra-Malaysia dan prasekolah. Kedua-dua perkataan ini sudah kelihatan
perbezaannya dari segi ejaan. Bagi pra- hanya digunakan untuk kata nama khas
sahaja dan pra digunakan selaian kata nama khas. Daripada petikan di atas,
jelas terbukti pramatang dieja salah iaitu dieja dengan pra-matang. Para-matang
bukanlah merupakan kata nama khas seperti yang tertera, maka, perlulah dieja
tanpa tanda ‘-‘ di antara perkataan pra dan matang.
Oleh itu, menurut Pusat
Rujukan Persuratan Melayu (PRPM, 2024), menyatakan awalan asing seperti pra-
digabungkan dengan kata nama am hendaklah dieja dengan satu perkataan seperti
pramatang. Walau bagaimanapun, ejaan ini berubah apabila awalan tersebut
digabungkan dengan kata nama khas. Bagi
tanda hubung ‘-‘ atau tanda sempang ini merupakan garis pendek melintang untuk
menceraikan suku kata, tanda hubung atau sengkang.
 |
Sumber: |
https://www.facebook.com/share/v/GgM72Scz1ytPK9cs/?mibextid=WC7FNe
Salah: maha guruBetul: mahaguru
Dapat dilihat petikan di atas, penulis membuat kesalahan dari segi penjarakan perkataan. Penulis menulis perkataan mahaguru dengan jarak iaitu maha guru. Namun, penulisan yang sebenar adalah dirapatkan iaitu mahaguru. Ada pengkarya jurnal menyatakan penulisan kata "maha' yang ditemukan dalam penelitian beliau terdapat perbezaan dalam terjemahannya. Kata "maha" ini ditulis terpisah dengan kata yang mengikutinya, sedangkan dalam terjemahan beliau yang pertama ditulis serangkai. Seperti pada petikan, perbezaan ejaan oleh penulis terdapat pada kata maha guru dengan penulisan ejaan kini adalah mahaguru. Di antara kedua-duanya yang tepat penulisan ejaannya adalah digabungkan iaitu "mahaguru". Hal ini demikian kerana, perkataan guru merupakan kata dasar. Jika perkataan maha dikaitkan dengan kata dasar, maka, dalam penulisan ejaannya digabungkan (Umi Kulsum Amalliyah, 2016).
Imbuhan 'tata'
 |
Sumber: |
https://www.facebook.com/share/GSWQL4PsrdrkcGE2/?mibextid=WC7FNe
Salah: tata bahasa
Betul: tatabahasa
Penulis membuat kesalahan
pada perkataan tata kerana penulis menulis perkataan tata bahasa dengan keadaan
jarak. Namun, ejaan yang sebenarnya adalah dirapatkan iaitu tatabahasa. Menurut
Regina Ibrahim (t.t.), awalan tata merupakan bentuk terikat dan oleh yang demikian
dieja bersambung dengan kata yang mengikutinya. Hal ini demikian kerana,
perkataan tata ini ada kaitan dengan konsep morfem yang merupakan kata awal
yang digabungkan pada kata utama demi penjelasan tanpa adanya senggang atau
bertanda sempang. Cara mengeja perkataan yang digabungkan dengan morfem ini
adalah dengan menulisnya sebagai satu perkataan.
Imbuhan 'swa'
 |
Sumber: |
https://www.facebook.com/share/isqwQ7DqzFhSAzpd/?mibextid=WC7FNe
Betul: swafoto
Terdapat kesalahan daripada penulis yang menulis perkataan swa foto secara jarak. Ejaan "swa" dan "foto" perlu dieja rapat kerana ia merupakan contoh penggunaan awalan dalam pembentukan kata dalam bahasa pinjaman Inggeris. Awalan "swa-" sering digunakan dalam pembentukan kata untuk menunjukkan sesuatu yang berkaitan dengan diri sendiri atau autonomi, seperti "swadaya" (bebas) atau "swakarya" (karya sendiri). Manakala “foto” pula ialah singkatan kepada “fotografi” yang merujuk kepada proses atau hasil penggambaran gambar. Penggunaan awalan dan kata dasar yang mengikuti rapat membentuk kata yang bermakna dan dapat dikenali dengan jelas oleh pembaca, serta mengikuti aturan ejaan yang berlaku dalam pembentukan kata.
Imbuhan 'dwi'
Betul: dwibahasa
Penulis di atas memaparkan kesalahan ejaan pada perkataan dwibhsa. Perkataan yang dieja betul adalah dwibahasa. Ejaan "dwibhsa" dieja sebagai "dwibahasa" kerana peraturan ejaan pinjaman bahasa Inggeris membenarkan penggabungan dua perkataan untuk membentuk kata majmuk. Dalam hal ini, "dwibahasa" merujuk kepada sesuatu yang berkaitan dengan dua bahasa, sehingga kedua-dua perkataan tersebut digabungkan untuk membentuk satu konsep yang mempunyai makna tertentu. Ejaan ini menjelaskan dan menetapkan bahawa sesuatu itu terdiri daripada atau berkaitan dengan dua bahasa, dan oleh itu, penggunaan ejaan yang betul adalah penting untuk mengekalkan ketepatan dalam penulisan.
Imbuhan 'pasca'
Betul: pascabanjir
Gambar di atas menunjukkan kesalahan
perkataan pasca banjir. Saya katakan salah dari segi ejaannya kerana menurut
Nik Safiah Karim, kesemua imbuhan seperti ber-, meN-, ter-,
-kan, -an dan sebagainya tidak dapat hadir secara bersendirian, tetapi,
sebaliknya perlu bergabung dengan kata dasar lain. Ini merupakan kunci
pengejaan kata berimbuhan. Jika kata dasar menerima mana-mana imbuhan, maka
hendaklah dieja sebagai satu kesatuan dan tidak secara terpisah. Misalnya, berniaga
dan membaca juga dirapatkan. Demikian juga dengan perkataan pascabanjir. Bagi perkataan
ini, bentuk dwi-, juru-, maha-, tata- dan pasca- ialah awalan dan oleh itu
harus dieja bercantum dengan kata dasar masing-masing. Seperti perkataan pascabanjir,
kata dasarnya ialah banjir yang digabung dengan imbuhan pasca.
2. AKHIRAN
Imbuhan 'nita'
 |
Sumber: |
Salah: Biduwanita
Betul: Biduanita
Terdapat kesalahan ejaan pada
petikan yang ditulis oleh penulis di atas. Kesalahan yang dapat dilihat ialah
biduwanita, yang sepatutnya adalah biduanita. Menurut Pusat Rujukan Persuratan
Melayu (PRPM, 2024), perkataan biduanita terhasil apabila biduan (kata dasar) +
nita (akhiran) dan akhirnya menghasilkan biduanita. Biduanita yang dimaksudkan
ialah penyanyi perempuan. Perkataan "penyanyi" umumnya merujuk kepada
penyanyi atau pemain muzik profesional, terutamanya dalam konteks hiburan
tradisional Indonesia seperti dangdut, campur sari dan sebagainya. Manakala
perkataan “nita” pula ialah nama perempuan yang bermaksud “perempuan” atau
“perempuan” dalam bahasa Sanskrit.
Jadi,
"penyanyi" secara literal boleh ditafsirkan sebagai "wanita
penyanyi" atau "wanita yang bekerja sebagai penyanyi". Istilah
ini boleh digunakan untuk merujuk kepada penyanyi wanita, terutamanya dalam
konteks muzik tradisional Indonesia. Penggunaan gabungan kata seperti ini
selalunya membolehkan pembentukan istilah yang lebih spesifik dan deskriptif
dalam bahasa.
Comments
Post a Comment