KENALI SAYA
Hai, Assalamualaikum.
Perisa coklat air Cool Blog,
Tiada tandingannya barangkali,
Hafizah namanya pemilik blog,
Ada senyuman yang manis sekali.
Cantik ayu jelita diberi nama Siti Nor Hafizah binti Md Ghazali yang dikenali sebagai Hafizah atau Fizah. Ada juga yang memanggil saya dengan gelaran Apiz, namun, itu yang betul-betul rapat sahaja. Saya dilahirkan pada 26 Ogos 2004, 11.04 p.m di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kini saya berusia 19 tahun 5 bulan kerana tarikh kelahiran saya belum tiba. Kini, saya meneruskan pengajian saya di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) yang dahulunya dikenali sebagai Institut Bahasa. Saya mengambil bidang pendidikan, major Bahasa Melayu dan minor Pendidikan Moral. Saya memilih IPG kerana IPG ini merupakan sebuah institut yang terunggul disebabkan oleh saya bakal mendidik generasi akan datang memacu negara ke arah lebih ke hadapan.
Saya merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Baru. Saya juga merupakan anak keempat daripada lima orang adik beradik. Cita-cita saya sejak kecil adalah pensyarah dan guru. Saya bercita-cita sejak dahulu kerana saya merupakan seorang yang minat mengajar dan membimbing individu yang memerlukan bantuan dalam pelajaran. Kini, syukur Alhamdulillah cita-cita saya telah pun menjadi kenyataan. Hobi saya pula ialah bermain badminton.
Setiap orang mempunyai matlamat tersendiri dalam kehidupan. Begitu juga saya mempunyai matlamat yang hasilnya mampu memberi kegembiraan kepada diri saya, ibu bapa, keluarga dan juga orang sekeliling.

Comments
Post a Comment